Nur Muhammad

Friday, March 23, 2012

Siapakah Sheikh Ahmad Badawi?


Selawat Badawi

SELAWAT BADAWI

اللهم صل وسلم على نورالأنوار،

 وسرالأسرار وترياق الأغيار،

 ومفتاح باب اليسار,

  سيدنا ومولانا محمد المختار،

 وآله الأ الأطهار،  وأصحابه الأخيار،

 عدد نعم الله وأفضاله.

Siapakah Sheikh Ahmad Badawi?
Bagaimana Ahmad Al Badawi mendapatkan Selawat Badawi?
  1. Sheikh Sayid Ahmad Al Badawi merupakan seorang wali Allah dan pengasas tariqat Al Ahmadiah Al Badawiyah. Dia dilahirkan di Fez, Maghribi pada tahun 596 Hijrah dan wafat di Tanta, Mesir pada tahun 675 Hijrah. Dia terkenal dengan kezuhudannya serta karamah-karamah yang berlaku pada dirinya.
  2. Semenjak kecilnya lagi dia telah digelar Al Badawi kerana kecenderungannya menutup wajah seperti gaya masyarakat Badwi. Semasa di Fez, dia dibawa abangnya Sayid Al Hasan bertemu dengan Syeikh Abdul Jalil Al Naisaburi yang telah melihat kematangan rohnya lalu mengijazahkannya amalan tariqat dari Imam Daud At Ta’i.
  3. Semasa di Mekah, beliau merupakan pendekar berkuda yang paling handal dan berani sehingga digelar Al ‘Atthab (pematah serangan musuh). Semenjak berkenalan dengan dunia Sufi, Sheikh Ahmad Al Badawi banyak beruzlah dan antara tempat kegemarannya ialah di Jabal Qubais berhampiran Masjidil Haram.
  4.  Selama kembali menetap di Tanta, beliau selalu berpuasa selama 40 hari berturut-turut tanpa makan dan minum  tidak tidur serta tidak turun dari bumbung rumah (tingkat atas) kecuali setelah 40 hari untuk berbuka. Muridnya yang naik untuk bertemu dengannya selalu mendapatinya dalam keadaan mendongak ke langit dengan mata yang kemerahan. Semasa di sini lah beliau mengarang dan mengamalkan selawatnya yang terkenal sebagai Selawat Al Badawi atau Selawat Al Anwar itu sebagai sebahagian dari usahanya untuk menghampirkan dirinya kepada Tuhan. Di samping itu beliau sentiasa bermunajat agar dikurniakan ma’rifah fillah.
  5. Kesimpulannya manusia yang Allah dan Rasul pilih untuk mendapatkan Selawat Badawi, mengenali Rasul akhir zaman ialah seorang yang juga agung peribadinya.

No comments:

Post a Comment