Nur Muhammad

Sunday, November 28, 2010

Kenangkanlah Dosa-dosa

Kenangkanlah dosa-dosa yang lalu dan mohon ampun kepada Tuhan, Kerana Tuhan tidak melupakannya. Awas, janganlah membuat dosa di masa depan, Kerana di waktu ini kita mungkin hampir kepada Tuhan.

Friday, October 15, 2010

Mujahadah

Hadis mengatakan bahawa peperangan melawan nafsu itu adalah satu jihad, bahkan satu jihad yang besar. Mengorbankan perasaan itu dianggap jihad kerana ada hubungan dengan berjuang melawan nafsu.

Sunday, October 3, 2010

Redha

Apabila tidak redha dengan ketentuan Tuhan, ertinya benci dengan Tuhan, tidak bersyukur ertinya lupa dengan Tuhan, tidak sabar ertinya menyanggah perbuatan Tuhan, tidak bertawakkal ertinya bekerja tidak mengharapkan bantuan Tuhan.

Sunday, September 5, 2010

Wadah Hati

Hati ibarat wadah
Untuk diisi sesuatu yang indah
Ilmu, hikmah, taufik, hidayah
Dia Tuhan yang menganugerah

Allah tidak akan mengisi wadah yag kotor
Mana boleh barang yang berharga diletak ke dalamnya
Selagi belum bersih
Bekas yang kotor, layak diisi dengan benda yag kotor?
Macam tempat buangan sampah
Segala kekotoran dilempar kepadanya

Oleh itu jagalah hati
Bersihkan selalu
Dari mazmumah yang melulu
Gilaplah ia hingga bercahaya
Agar layak menampung anugerah
Dari Al Khaliqur Rahman
Yang berupa Iman, Hidayah dan Taufik,
 Ilmu dan Hikmah
Dan lain-lain lagi yang tidak ada nilainya

Sunday, August 15, 2010

Kebenaran

Kebenaran Itu sangat mahal harganya, siapa hendak memilikinya terpaksa menempuh jalan-jalan yang bahaya, menyusahkan, menjemukan, Siapa tidak tahan menempuh jalan itu, tidak akan dapat memiliki Kebenaran itu.

Sunday, July 4, 2010

Makanan

Makanan dan minuman makanan jasad
Ilmu dan pengalaman makanan akal
Iman dan Taqwa makanan roh

Sunday, June 13, 2010

SISTEM PENDIDIKAN ANAK SOLEH MENGIKUT UMUR

“Awal-awal agama mengenal Allah”

SEJAK KELAHIRAN HINGGA 2 TAHUN:
• Jaga pendengarannya.
• Beri sepenuh kasih sayang dan dizahirkan dengan dipeluk, cium dan dibelai.
• Alunkan nasyid, tahlil, selawat dan zikir ketika mendodoinya.


DARI UMUR 2 TAHUN HINGGA 7 TAHUN:
• Jaga pendengaran dan penglihatannya.
• Didik mereka dengan nasyid-nasyid tentang Tuhan dan keindahan akhlak mulia
• Beri sepenuh kasih sayang dan dizahirkan dengan dipeluk, cium dan dibelai.
• Alunkan nasyid, tahlil, selawat dan zikir ketika mendodoinya.


DARI UMUR 7 TAHUN HINGGA 15 TAHUN:
• Kasih Sayang tidak ditunjukkan untuk mengelakkannya menjadi manja.
• Kemarahan juga disembunyikan supaya dia tidak membenci.
• Latih dia menghormati orang tua dan ibu bapanya.
• Kasih Sayang ditahap ini dengan memenuhi segala keperluan mereka.
• Disiplinkan dengan jadual pelajaran dan tugas asasi rumah.
Selesaikan Fardhu Ain mereka terutamanya bab Thaharoh (Kebersihan), Solat
dan Ibadah Asas.
Jangan diberi kemewahan
• Beri latihan kesusahan dan bukan keselesaan.


DARI UMUR 15 TAHUN HINGGA DEWASA:
• Melayani mereka seperti orang dewasa.
• Bertukar-tukar pendapat.
• Menjadikan mereka kawan.
• Menghargai pendapat mereka.