Kebenaran Itu sangat mahal harganya, siapa hendak memilikinya terpaksa menempuh jalan-jalan yang bahaya, menyusahkan, menjemukan, Siapa tidak tahan menempuh jalan itu, tidak akan dapat memiliki Kebenaran itu.
"Pendidikan bermula dengan terdidiknya hati(roh), nafsu dan akal manusia, fizikal hanya mengikut sahaja"
Sunday, August 15, 2010
Sunday, July 4, 2010
Sunday, June 13, 2010
SISTEM PENDIDIKAN ANAK SOLEH MENGIKUT UMUR
“Awal-awal agama mengenal Allah”
SEJAK KELAHIRAN HINGGA 2 TAHUN:
• Jaga pendengarannya.
• Beri sepenuh kasih sayang dan dizahirkan dengan dipeluk, cium dan dibelai.
• Alunkan nasyid, tahlil, selawat dan zikir ketika mendodoinya.
DARI UMUR 2 TAHUN HINGGA 7 TAHUN:
• Jaga pendengaran dan penglihatannya.
• Didik mereka dengan nasyid-nasyid tentang Tuhan dan keindahan akhlak mulia
• Beri sepenuh kasih sayang dan dizahirkan dengan dipeluk, cium dan dibelai.
• Alunkan nasyid, tahlil, selawat dan zikir ketika mendodoinya.
DARI UMUR 7 TAHUN HINGGA 15 TAHUN:
• Kasih Sayang tidak ditunjukkan untuk mengelakkannya menjadi manja.
• Kemarahan juga disembunyikan supaya dia tidak membenci.
• Latih dia menghormati orang tua dan ibu bapanya.
• Kasih Sayang ditahap ini dengan memenuhi segala keperluan mereka.
• Disiplinkan dengan jadual pelajaran dan tugas asasi rumah.
• Selesaikan Fardhu Ain mereka terutamanya bab Thaharoh (Kebersihan), Solat
dan Ibadah Asas.
• Jangan diberi kemewahan
• Beri latihan kesusahan dan bukan keselesaan.
DARI UMUR 15 TAHUN HINGGA DEWASA:
• Melayani mereka seperti orang dewasa.
• Bertukar-tukar pendapat.
• Menjadikan mereka kawan.
• Menghargai pendapat mereka.

Friday, May 21, 2010
Mengalahkan Nafsu
Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Peringkat nafsu Mutmainah, nafsu yang sudah tenang yang tidak dapat lagi digugat oleh kesenangan dan kesusahan
Label:
Madah
Sunday, April 4, 2010
Tagihlah Cinta Allah
Janganlah bersusah hati jika tidak mendapat kasih Manusia, kerana ia tidak abadi dan tidak sejati.
Ketagihkanlah Cinta Allah, carilah kasih sayang-Nya, kerana ia kekal abadi lagi sejati....
Ketagihkanlah Cinta Allah, carilah kasih sayang-Nya, kerana ia kekal abadi lagi sejati....
Label:
Madah
Wednesday, March 31, 2010
Hakikat Sakit dalam Islam
HAKIKAT SAKIT DALAM ISLAM
Fatih313
Menurut Ajaran Islam, Apabila disebut manusia, di mana harus bermula? Tuhan yang mencipta alam semesta termasuk manusia, maka Tuhanlah yang memberi jawapan kepada persoalan di mana harus bermula. Allah telah memberitahu dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Tuhan tidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.” (Ar-Ra’d: 11).
Apa yang Tuhan maksudkan ‘mengubah apa yang ada dalam diri’ ialah perubahan roh, nafsu atau emosi dan akal, sementara fizikal mengikut sahaja. Unsur roh, nafsu atau emosi dan akal itu merupakan unsur-unsur yang memang sifatnya boleh bahkan sentiasa berubah. Namun yang paling utama sebagai paksi atau pusat perubahan itu adalah roh atau hati. Roh atau hati merupakan raja diri. nafsu, akal dan jasad diperintah oleh roh atau hati. Sikap, tabiat atau akhlak lahiriah manusia itu terbit dari hati. Apabila disebut perasaan ia sangat berkait rapat dengan hati ini bermakna rasa yang terbit daripada hati.
Islam telah menetapkan bahawa ujian sakit ini adalah dengan izin Tuhan dan setiap sakit ada ubatnya melainkan mati. Tuhan menjadikan sakit juga sebagai penghapusan dosa (kifarah) serta untuk meningkatkan darjat seseorang. Selain itu, sebagai cara Tuhan menginsafkan seseorang atau mungkin juga kutukan Tuhan kerana kezaliman seseorang.
Tujuan utama merawat sakit dalam Islam adalah merawat hatinya, di zaman moden kita kebanyakan manusia mengalami tekanan perasaan yang boleh menyebabkan sakit jiwa seperti buruk sangka, pemarah, putus asa dan sebagainya. Hati atau jiwa yang tidak tenang dengan erti kata lain tiada bahagia, ini boleh menyebabkan gangguan kepada mental ataupun disebut masalah psikitari. Apabila hati ini rasa bahagia maka manusia itu akan baik akal, nafsu dan jasadnya (fizikal). Kesihatan lahir manusia sangat berkait rapat dengan kesihatan roh atau hati, asas setiap ubat ialah dengan merawat hatinya.
Label:
Maksud Sakit
Subscribe to:
Posts (Atom)